29 November 2010 - 20:30

Ayatullah al-Uzma Sofi Gulpaigani mengkritik pengiriman atlet-atlet wanita ke luar negara dan menganggap ia bagaikan menconteng arang di muka. Beliau juga turut meminta penyelesaian masalah ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah al-Uzma Sofi Gulpaigani waktu Zohor hari ini dalam pertemuan bersama angota Jemaah Ruhaniyat Syiraz, sambil mengungkapkan betapa bahaya pengiriman atlet perempuan ke luar negara beliau menegaskan, "Situasi yang ada sekarang ini menuntut kita berusaha melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar melalui lidah dan jalan yang sesuai"

Pengaruh orang berdosa terhadap musim kemarau

Beliau memberi penerangan bahawa orang yang melakukan maksiat, tidak menutup aurat dengan sempurna boleh memberi pengaruh yang besar terhadap fenomena kemarau. Tambah beliau lagi, "Hendaklah kita berlindung kepada Allah dan bersungguh-sungguh menjauhi perbuatan dosa yang semakin hari bermaharaja lela di kalangan masyarakat".

Ayatullah Gulpaigani menegaskan, janganlah kita lalai terhadap alam ghaib dan Allah (swt). Tambah beliau lagi, "Dalam masalah kemarau, kita hendaklah menadah tangan memohon doa, Insyallah di ambang bulan Muharam, dengan berkatnya Azadari Sayyidul Syuhada, Tuhan akan menurunkan hujan buat bangsa ini diiringi dengan doa khusus Imam Zaman (aj)".

Pengiriman atlet-atlet wanita ke luar negara bagaikan menconteng arang ke muka

Sambil mengistilahkan golongan agamawan dalam membimbing masyarakat sebagai "Ulama adalah pemegang panji Amar Makruf dan Nahi Munkar", beliau mengritik pengiriman atlet-atlet wanita ke luar negara sebagai menconteng arang ke muka dan mendesak jalan penyelesaian terhadap masalah ini.